Sorotan kajian daripada kajian yang lepas dengan lebih

Sorotan
literatur atau tinjauan literatur adalah pengumpulan maklumat dari buku,
jurnal, dokumen, laporan, prosiding, kajian-kajian lepas dan kajian terkini
untuk menghasilkan kajian yang baru. Proses tinjauan ini adalah untuk mengenalpasti
samada sesuatu penyelidikan yang diracang telah dilaksanakan oleh penyelidik
lain yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan
yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan
mengikut tema atau kajian individu. Tinjauan literature adalah dokumentasi yang
diperlukan dalam proposal kajian di bab seterusnya. Dalam penyediaan kajian
yang bermanfaat, perkara yang amat penting untuk dijalankan ialah membuat
sorotan literasi terhadap kajian-kajian terdahulu. Sub topik ini menganalisis
kajian-kajian lepas yang memiliki hubungkait dengan skop kajian.

 

Dengan
membuat sorotan, penyelidik dapat melihat skop kajian, metodologi kajian yang
digunakan serta dapatan kajian daripada kajian yang lepas dengan lebih jelas.
Penyelidik dapat mengumpul maklumat yang pelbagai berkenaan permasalahan yang
ingin dikaji dengan membuat sorotan literasi. Di samping itu, melalui sorotan,
penyelidik juga dapat mengenalpasti samada permasalahan yang ingin dikaji telah
dijalankan oleh penyelidik lain. Sorotan literatur ini juga amat penting untuk
mengembangkan idea penyelidik dalam menjalankan kajian. Dengan itu, terdapat
beberapa sumber rujukan utama yang dijadikan sebagai ‘critical review’ oleh
penyelidik antaranya :

Radhiah
Omar dan M. Shahrim Ab. Karim (2013) di dalam tesis kajiannya yang bertajuk “Halalan
Thoyyiban Perspektif Malaysia” berpandangan isu makanan halal merupakan satu
fenomena yang menjadi kebimbangan dalam masyarakat islam di Malaysia pada masa
kini. Makanan yang halal lagi suci merupakan satu perkara yang menjadi tuntutan
agama untuk memastikan kesejahteraan hidup seluruh masyarakat sejagat. Ia juga
membincangkan isu berkaitan penggunaan logo halal di Malaysia yang menimbulkan
keraguan dan kerunsingan di kalangan pengguna terutama masyarakat yang beragama
islam kerana pemakanan yang halal lagi suci bukan sahaja bersangkut paut dengan
kesihatan tubuh badan sahaja, bahkan ianya memberi kesan kepada akhlak yang
sempurna sekaligus mencerminkan keperibadian dan mentaliti sesuatu masyarakat.
Islam sangat mentikberatkan soal kesucian dan kebersihan dalam seluruh aspek
kehidupan manusia. Pemakanan halal yang merupakan perkara paling penting kerana
mampu mempengaruhi tingkah laku, kesihatan, pemikiran, hati dan sifat diri
individu tersebut. Penyelidik mengemukakan menurut syarak, makanan yang halal
lagi baik adalah kesucian makanan yang suci dari segi zat, sumber yang bersih,
tidak memberi memudharatkan dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan serta
akal fikiran manusia. Makanan yang terbaik adalah makanan yang mempunyai
kualiti dan halal dimakan. Terdapat juga makanan yang halal tetapi tidak
bermutu dan tidak berkhasiat untuk tubuh badan manusia dan makanan seperti ini
tidak digalakkan oleh Islam. Makanan yang halal merupakan satu faktor paling penting
untuk amalan seseorang itu diterima. Namun, sebaliknya jika pemakanan yang
haram memberi kesan yang tidak baik dan mengakibatkan seluruh amalan yang
dilakukan menjadi sia-sia sahaja. Badan dan akal pemikiran yang sihat dapat
dijana dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan berkualiti. Kualiti yang
dimaksudkan adalah merangkumi aspek halal, kebersihan, kesucian serta kandungan
nutrisi sesuatu makanan tersebut itu. Makanan yang halal lagi suci dapat
memberikan seribu satu hikmah kepada manusia serta kebaikan dan membolehkan
umat manusia melaksanakan kewajipan sebagai hamba Nya dengan lebih sempurna
tanpa perasaan ragu-ragu,waswas dan gundah gulana. Sorotan daripada kajian ini
memberi inspirasi kepada penyelidik untuk lebih memgambil cakna akan
kepentingan logo halal, halalnya suatu makanan, kebersihan serta kesucian yang
memberi kesann kepada tubuh badan dan minda para pelajar UniSZA dan mengetahui
sejauh mana kefahaman para pelajar berkenaan perkara ini.

Selain
itu, Dalam satu prosiding karya Nor Aini Haji Idris dan Mohd Ali Mohd Noor
Prosiding Perkem Viii, Jilid 3 (2013) yang bertajuk “Analisis Keprihatinan
Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks”
memberikan sebuah persoalan mengenai halal dan haram sesuatu produk atau
makanan merupakan persoalan penting untuk diberi perhatian dan kecaknaan oleh
umat Islam dan seluruhnya. Namun sejauh manakah pengguna Muslim di negara kita
ini peka dan cakna dengan apa yang berlaku sekarang dan adakah mereka tergolong
dalam kalangan mereka yang mengambil berat dengan isu status produk atau status
makanan mereka seharian. Beliau juga membuat kajian bertujuan untuk melihat
indeks keprihatinan dan pemerhatian pengguna Muslim khususnya dan masyarakat
umumnya terhadap isu halal dan haram serta faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap keprihatinan pengguna. Perkara ini 
banyak bergantung kepada sikap masyarakat itu sendiri. Sikap prihatin
perlu ada pada setiap pengguna Muslim khususnya dan keseluruhan masyarakat
amnya. Kajian yang dilakukan berkaitan indeks keperihatinan masyarakat
berkenaan produk atau makanan halal dan baik melalui beberapa aspek iaitu aspek
keimanan, aspek pengetahuan, aspek sikap, aspek persekitaran dan aspek kesihatan.
Kajian ini menarik minat penyelidik untuk lebih mengetahui seberapa bilangan
para pelajar yang mengambil berat akan kepentingan produk atau makanan yang
halal seperti penjelasan pengkaji tentang umumnya kajian ini kerana tidak
memfokuskan siapakah skop yang lebih khusus dan boleh dijadikan kajian. Maka
kajian ini dijalankan.

Seterusnya,”Halalan
Thoyyiban Dalam Kerangka Perundangan Malaysia” Harlida Abdul Wahab dan Alias
Azhar 2014 satu makalah kajian yang menyatakan tentang produk halal khususnya makanan,
konsep halal dari sisi syariah perlukan kefahaman dan penelitian dengan
menyeluruh kerana halal tidaklah sekadar bermaksud produk yang boleh dimakan
dari sisi hukum syarak tetapi juga merangkumi maksud “baik” (thoyyib) bererti
bersih, suci, sejahtera dan berkualiti. Oleh yang demikian, halal sahaja tidak
mencukupi tetapi masyarakat Islam perlu betul-betul faham dan arif serta
memperaktikkan makna sebenar “halalan thoyyiban”. Kita sedia maklum untuk menghasilkan
sesuatu produk merangkumi proses pembuatan dan kitaran tertentu bermula peringkat
pemilihan dan penyediaan bahan. Selain itu, proses pengilangan, pengeluaran,
penyimpanan, pemindahan, pengedaran sehinggalah produk tersebut sehinggalah
disajikan kepada pengguna dan masyarakat. Tuntasnya, kehalalan sesuatu produk
merangkumi seluruh proses rangkaian yang bermula daripada sumbernya yang asal bagi
memastikan aspek kehalalan sesuatu produk terjamin dan selamat, negara kita
Malaysia mempunyai kerangka perundangan yang menyeluruh merangkumi pendekatan
mekanisme undang-undang dan keinstitusian dengan melantik pihak yang berkuasa
dan agensi-agensi tertentu bertujuan melaksanakan dan menguatkuasakan
undang-undang. Tujuan makalah ini adalah untuk mengkaji dan menghubungkaitkan
konsep “halalan thoyyiban” dengan peruntukan undang-undang sedia ada di
Malaysia. Makalah ini dimulai dengan menerangkan maksud halal dan “halalan thoyyiban”
dari perspektif Syariah. Penghujah dan keterangan fakta berlandaskan sumber
yang disepakati di samping turut  mengira
pandangan mazhab dan ulama-ulama dunia yang tersohor. Dengan adanya pendekatan
makalah ini, ,pengkaji menganalisis isi kandungan konsep ini seterusnya mekaitkan
dengan undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa bagi memantau sejauh mana kewujudannya
dan bagaimana praktikalnya dalam undang-undang Malaysia. Berdasarkan
perbincangan “halalan thoyyiban”, penulis cuba mengaitkan konsep ini dengan
kewujudan dan praktikalnya di bawah kerangka perundangan Malaysia. Berkenaan
dengan kerangka perundangan halal di Malaysia, pengkaji mengenalpasti beberapa
perundangan tertentu yang peruntukannya secara langsung dan tidak langsung
mempunyai perkaitan dengan halal. Dalam kajian ini juga, pengkaji memperoleh Akta
Perihal Dagangan 2011 dan Akta Makanan 1983 sebagai undang-undang yang secara
khusus berkaitan dengan aspek halal (halalan) dan bersih (thoyyiban). Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, dan Akta Perihal Dagangan
2011 merupakan undang-undang yang memperuntukkan aspek halal dengan penggunaan
logo halal melalui Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, dan Akta
Makanan 1983 pula dikaji kerana bertepatan dengan konsep “halalan thoyyiban”
bagi produk makanan, yang sangat menekankan aspek kesihatan, kebersihan,
kesucian dan kualiti makanan. Berdasarkan kajian makalah ini kecenderungan
kefahaman konsep halalan thoyyiban juga diperkaitkan dengan kerangka
undung-undang negara Malaysia. Justeru penyelidik menjadikan kajian makalah ini
sorotan untuk mendalami kefahaman para pelajar kerana perkaitan undang-undang
adadan penting dalam memahami konsep sebenar halalan thoyyiban.

Disamping
itu juga, dalam satu jurnal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertajuk
Memahami Pemilihan Produk Makanan Halal Dari Perspektif Dua Teori oleh Wan
Nadzirah binti Wan Mohamad  dan Prof. Dr.
Khairul Anwar bin Mastor (2015) juga menerangkan tentang konsep dan teori
mengenai sikap pengguna masyarakat Islam dalam memilih produk makanan halal.
Perbincangan berkenaan konsep dan teori pemilihan produk makanan halal ini
adalah bagi mengetahui pola amalan dan sikap pemilihan produk makanan
halal  masyarakat Islam di negara ini.
Dalam penyelidikan ini dua teori akan dibincangkan bagi menerangkan tentang
mekanisme pemilihan produk makanan halal oleh pengguna Islam. Menyingkap juga kehidupan
masyarakat Islam semakin mencabar  dan
membimbangkan yang terdedah dengan pelbagai cabaran daripada aspek politik,
sosio budaya, ekonomi termasuklah memilih barangan dan makanan untuk keperluan
harian yang dijual di pasaran samada yang mempunyai logo halal atau tidak.
Secara tidak sedar cabaran tersebut telah mempengaruhi sebilangan masyarakat
Islam masa kini. Antara lainnya faktor gaya hidup sebilangan masyarakat Islam
yang mengambil endah tentang penghayatan agama boleh dilihat dalam sikap mereka
yang suka mementingkan gaya hidup mewah tanpa prihatin terhadap tuntutan ajaran
Islam mengenai halal haram. Sebilangan masyarakat Islam juga tidak begitu cakna
ketika memilih dan membeli sesuatu produk hasil sembelihan. Pemilihan makanan
halal adalah sangat dititik beratkan dalam Islam. Ini penting kerana dengan
memakan makanan tersebut akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan dan
juga kesucian hati. Menjaga kesucian hati daripada memakan makanan haram yang
boleh menyebabkan hati menjadi rosak, buruk peribadi, segala amal menjadi keji
dan buruk, segala usaha tidak diberkati dan pembalasannya di akhirat adalah
neraka jahanam. Kebimbangan penyelidik terhadap jurnal ini memberi idea untuk
untuk mencari solusi bagaimana perkara-perkara ini dapat diatasi maka
penyelidikan pun dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kefahaman agar
kebimbangan dapat diatasi.