Pengenalan maka buku-buku kecil itu tersebar secara meluas

Pengenalan

 

 

Dewasa ini, era globalisasi semakin mendominasi kehidupan dunia pada masa
kini. Banyak perubahan dapat dilihat dalam kehidupan seharian seiring dengan
arus kemodenan yang dikecapi. Perubahan ketara yang dapat dilihat pada
kehidupan masa kini adalah melibatkan gaya kehidupan yang berorientasikan
teknologi maklumat. Segalanya boleh dicapai dihujung jari dengan adanya
kemudahan untuk mengakses yang begitu mudah tanpa ada sebarang sekatan. Setiap
hari, ada sahaja perisian atau gajet baru yang dihasilkan dan dipasarkan dengan
harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Kita
sememangnya bertuah kerana berada dalam era globalisasi ini. Walau
bagaimanapun, kecanggihan teknologi yang ada harus diguna sebaik mungkin kerana
ia akan menjadi satu cabaran sekiranya disalahgunakan terutamanya melibatkan
kesan ke atas nilai, budaya, pemikiran serta corak kehidupan masyarakat kini.

 

Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu
dan penggerak kepada masa depan. Teknologi komunikasi digital yang canggih kini
memudahkan pengguna Internet mendapatkan maklumat terkini dan segala yang
mereka mahukan secara atas talian dengan mudah dan cepat jika tidak sertamerta
atau spontan. Peningkatan secara mendadak bagi penggunaan Internet dan komputer
telah mewujudkan satu fenomena teknologi digital yang menyalahahi undang-undang
yang dikenali sebagai jenayah siber. Teknologi digital baru membolehkan
pengguna menyertai dalam penggunaan, pengedaran dan penciptaan kandungan” (John
Palfrey, Urs Gasser, Miriam Simun & Rosalie Fay Barnes, 2009: 80).

 

Media sosial merupakan salah sebuah media dalam
talian, dimana para penggunanya boleh melayarinya dengan sangat mudah dengan
tujuan untuk berkongsi dan membuat kandungan termasuk blog, rangkaian social
seperti Facebook, My Space, Youtube dan Twitter. Laman web ini digemari kerana
ia membolehkan orang ramai membuat laman web peribadi bertujuan untuk berhubung
dengan rakan – rakan dalm berkongsi maklumat serta berkomunikasi. Internet sangat berperanan pada hari ini sebagai suatu saluran utama untuk
pengedaran maklumat dan hiburan kepada pengguna. Tanpa sempadan, Intenet
membolehkan pengguna untuk menghasilkan video, artikel dan muzik mereka sendiri
dan berkongsikannya dengan khalayak global (Michael Kende, 2014: 93).

 

Sejak tahun 1960-an, para sejarawan telah mempelajari chap-books Perancis, ‘Perpustakaan Biru’
(Bibliotheque Bleue), sebagaimana ia dinamakan, dengan merujuk kenyataan bahawa
buku-buku kecil itu dibungkus dengan kertas biru yang kasar yang digunakan
untuk membungkus gula. Pusat produksi yang utama adalah Troyes, di timur-laut
Perancis, namun berkat jaringan para penjual maka buku-buku kecil itu tersebar
secara meluas sampai ke desa-desa sebagaimana juga di bandar-bandar. Topik
paling umum dari buku-buku kecil itu adalah kehidupan orang suci dan kisah
roman para satria, sehingga beberapa sejarawan berkesimpulan bahawa
kesusasteraan itu bersifat khayalan sahaja, atau bahkan mungkin juga sebentuk
alat penenang fikiran, dan ia mewakili penyebaran ke bawah kepada para tukang
dan petani model-model budaya yang diciptakan oleh dan untuk kaum agama dan
kaum bangsawan.

Kesimpulan ini terlalu sederhana untuk diterima begitu
saja. Pertama sekali, buku-buku ini tidak hanya dibeli orang biasa kaum
bangsawan juga membacanya. Kedua, Bibliotheque Bleue tidak mewakili seluruh
budaya para pembacanya. Budaya lisan mereka mungkin sekali lebih penting. Dalam
situasi apapun, kita tidak mengetahui bagaimana pembaca atau pendengar bereaksi
terhadap kisah-kisah; misalnya, apakah mereka mengidentifikasikan diri dengan
Charlemagne atau dengan para pemberontak. Selain daripada masalah yang
ditimbulkan oleh kajian kes ini, jelas bahawa di Perancis dan di negara-negara
Eropah lainnya, termasuk Itali dan Belanda, barang cetakan telah menjadi
sebahagian yang penting dari budaya yang penting pada abad ke-17.

Dengan meringkaskan karya generasi mengenai subjek itu,
seorang sejarawan Amerika, Elizabeth Eisenstein, membuat kenyataan, dalam
kajiannya yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1979, bahawa percetakan itu
adalah ‘revolusi yang tidak diakui’ dan bahawa peranannya sebagai ‘agen
perubahan’ telah diremehkan dalam kisah-kisah tradisional tentang Renaissance,
Reformasi dan Revolusi ilmiah. Dengan mengambil gagasan-gagasan McLuhan mahupun
Ong, Eisenstein mengadaptasi dan menterjemahkannya ke dalam istilah-istilah
yang akan diterima oleh masyarakat profesionalnya sendiri, iaitu masyarakat
sejarawan dan pustakawan. Meskipun dia begitu berhati-hati dalam membuat
kesimpulan-kesimpulan umum, namun ia menekankan dua kesan jangka panjang yang
ditemukan dari percetakan. Pertama, percetakan telah menyeragamkan dan menjaga
ilmu pengetahuan yang telah begitu berlimpah dalam abad peredaran lisan atau
manuskrip. Kedua, kritik pihak yang diberi kuasa telah didorong oleh
percetakan, yang membuat pandangan-pandangan yang tidak sesuai mengenai masalah
yang sama dapat diketahui oleh pembaca yang lebih luas.

Berbincang mengenai percetakan sebagai ejen perubahan
sudah pasti memberikan terlalu banyak tekanan berlebihan terhadap media
komunikasi dengan merugikan para penulis, pencetak dan pembaca yang menggunakan
teknologi baru itu bagi tujuan yang berbeza-beza. Lebih realistik sekiranya
percetakan itu dipandang seperti media baru dalam abad-abad terakhir. Contohnya
televisyen sebagai satu pemangkin yang mendukung perubahan sosial.

Perlu digariskan bahawa sistem itu selalu dalam keadaan
berubah, bahkan pada saat beberapa dari perubahan itu dapat dilihat dalam
perspektif jangka panjang. Misalnya, teknologi percetakan tidak hanya terus
menjadi teknologi percetakan malah ahli berfikir terus mengembangkan teknologi
tersebut dari semasa ke semasa sehingga terciptanya teknologi canggih pada hari
ini. Perubahan dalam sistem media perlu merangkumi atau menghubungkan perubahan
sistem pengangkutan, pergerakan barang-barang dan manusia dengan jarak samada
di darat mahupun di seberang lautan.

Berikut ini adalah tiga jenis jejaring
sosial atau media sosial yang banyak digunakan oleh masyarakat sekarang iaitu yang pertama facebook, jejaring
sosial ini memiliki satu bilion pengguna. Terbesar di abad ini untuk urusan
pengguna. Kedua, twitter mempunyai setengah bilion pengguna atau hampir separuh
pengguna Facebook. Ditubuhkan pada tahun 2006, Twitter cepat mendapat hati di
kalangan pengguna internet khususnya pengguna telefon. Dan yang terakhir,
Instagram rangkaian sosial yang mempunyai harga hebat, 1 bilion dolar. Bukan
sekadar jaringan sosial atau media sosial, Instagram juga sebagai aplikasi
pemprosesan imej yang semakin meningkat penggunanya setiap hari.

Merujuk kamus pelajar edisi kedua, media didefinisikan sebagai alat atau
perantara dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Manakala sosial merupakan
segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.